Ahad, 27 Oktober 2013

Semoga Dipermurahkan Rezeki


Monday, 28 Oktober 2013

Tolong Sebarkan...
Jom kita bantu rumah anak yatim ni.. rezeki yang ada kita kongsi-kongsikan bersama ;)

Saya hanya cuba bantu menyampaikan mohon bantuan kpd yg mampu:

Kesian melihat rumah anak yatim & asnaf yg sudah kehabisan beras & makanan 2 hari lepas. Mohon bantuan orgramai sedekahkan beras atau telur utk makanan anak2 disana. Subhanallah

Kpd yg dimurahkan Allah swt rezeki berlebihan, ayuh kita bantu di :

Pusat Jagaan Budi Bistari
Lot 4172, Lorong Serai 13,
Kampung Sungai Serai,
48050 Kuang,
Selangor D.E.

Lokasi GPS : 3^17'00. 03"N    101^31'40 . 54E

Tel: 017-349 4313 (Ustazah Khairul Bariah)
019- 918 9223

E-mel: kbariah@baitulkasih.org.my

Akaun Maybank : 5621 8812 8345 PK Baitul Kasih

MOHON SEBARAN kpd muslimin & muslimat yg lain....

Masya Allah Tabarakallah

________________________________________________________________________________

Kepada yang bertanya tentang budak sekolah Kasih yang hilang tu.. jangan risau.. dah jumpa dah pon.. rupanya gi ikut kawan balik umah pastu tak datang kelas KAFA.. dah lah tengah exam KAFA.. memang terbaek sangat.. sama-sama kita jaga anak-anak kita.... nasihat hari-hari supaya jangan keluar dari kawasan sekolah.. kalau keluar jugak.. memang haku rotan bagi dia beringat sikit.. amboi garang sangat nie.. bukan apa, kalau dah jadi apa pon tak guna.. so kita sama-sama lah usaha yang terbaik buat anak-anak kita..

___________________________________________

Selasa, 13 Ogos 2013

As Salam Aidilfitri 2013

Assalamualaikum..

korg sme dah start keje ke..sbnrnya aku dah start keje today..
tp mood ke laut lg sebb biasala klu dah cuti lame kan..
ala lgpun keje x byk lg dtg haaaa..so enjoy la jap ..hee

raya tahun ni 11 hari aku kt kg..pheww ko ader..seronok beb
raya lelama kt kg..puas hati aku..hampir seme tempat sempat dijelajahi,,hee

tp yg termiss tu terpaksa la tunda sebb jem teruk ..biasa la raya kan..haaa
tema tahun ni hitam..disebbkan x smepat nak pilih2 kaler so snng hitam haaa

layan pic raya saya yer..heee
seronok di pagi rayer..makan je keje budak 2 org ni




bermaafan di hari raya..sila abaikan kain2 tergantung kt blkng tu yer..
sebb pic diambil dlm bilik heee..

Adik anas plak..maaf ye papa heee..salam ummi x sempat
(tkg amik gambar kan)

ko nmpak tu..beg raye dia besar ke main..ben10 

srnok dpt wit ayer

kami dpagi raya

ank2 sedara

ibunda kesayangan

love mom

brother..bongsu

ipar duai

anak sedara sulung

anak dara mak dara n nenek

grandmother n grandoughter

suasana hari raya

raya 1

raya ke2

open house day 2

raya ke3..heading to open house abang2 kndg n abang2 ipar

awe sengih

raya 3..jenjalan

gelagat

ok byeee..tu je pic kami


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..

Khamis, 1 Ogos 2013

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin

Assalamualaikum..

Hari ni saya sekeluarga akan bertolak ke kg..
doakan kami semua selamat sampai yer..
mohon maaf andai tersalah tutur bicara yng x perasan..

Semoga kamu semua juga selamat sampai ke destinasi masing2 dihari raya nanti..

mood dah ke laut xbleh nak keje dah..

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN..

Isnin, 22 Julai 2013

Hepy Bufday Prince Amsyar..

20 Julai 2013 alhamdulillah..4 tahun sudah Amsyar..putera sulung saya..

rase cam sekejap je plak..dia dah besar..tahun depan dah nak masuk pra sekolah dah..
syukur alhamdulillah dia membesar dgn sihat..wlupun pada hri besday nyer dia demam..
maybe demam nak beralih tahun la kut..budak2 biasa la kan...amsyar ni jrg sakit..demam2 pun jrg la
tp klu dah sekali kene demam..mmg teruk ckit la..ni plus plak ngan pakej ..batuk n selsema sekali..ayooo..

tapi hari ni ..amsyar dah better ckit dah..demam2 xde dah..cume flu n batuk je la..n now berjangkit kat adik anas n ummi plak..xpe la biasa la tu..

sempena besday amsyar ni ..kena plak bule poso ni..so buat simple2 je la..sabtu lepas..kami sekeluarga
berbuka kat REDWOK BANGI..sambil celebrate besday amsyar..kawn saya pun join sekali..BFF sgt2..
kak za..n abe zi..

best jugak makan kat redwok ni..kedai steambot + masakan panas..not bad..with the price n taste
tp kami pilih masakan panas la..syok ckit berbuka makan nasik..steambot to..bulan x pose pun bleh mkn heee..

layan la pic kami ni..

Siakap Stim Limau

Butter Prawn ..sgt bestttt..

all the menu

order from inabusbakery.blogspot.com

besday boy Abang Amsyar..

BFF Kak za

husband kak za n. my abebest..

dear amsyar n anas

Our Family


Settle sudah blurppp

seronok org sambut besday dia..

Anas sayang..1 tahun 6 bulan..


Sekian..SELAMAT HARI LAHIR MUHAMMAD AMMAR AMSYAR..
semoga menjadi anak yang soleh..cerdik pandai..berguna kepada masyarakat dan negara bangsa dan gama..dan juga taat pada kedua ibu bapa..amin..ummi papa n anas loves amsyar so much...

Nasi Goreng Kampung For Sahur 10 Ramadhan


Menu untuk Sahur Minggu Lepas..

Sebb dah bosan makan nasik yg ade lauk ..so kite goreng nasik la kan..sekali sekala..xde la jemu sgt nak manatap lauk pepagi buta heee..

Sebenarnya en suami yg request ..so aku buat la ..x selera katenya ..klu makn nasik goreng ade ikan bilis ckit2 ok la kan..masin2 tu..selera lain la ckit pagi2 ni..

Sekian tu je nak citer..

Paprik Sotong..


Salam 14 Ramadhan Seme..

Alhamdulillah kite seme dah sampi fasa 2 bulan Ramadhan..sekejap je kan

Semoga kite seme berjaya melaksanakan kewajipan ini hingga ke penghujungnya..Aidilfitri..

weekend lepas mcm hari weekend biasa..kemas rumah..melayan anak2..tp klu weekend rase cam
lambat plak nk sampai ke petang kan?..maybe sebb x kemana2 kut..tu yg rase cam lambat je..klu KERJA..kejap je rase dah ptg..sbb kite buat keje..blk umah pun dah ptg..duk sekajap..masak..dah berbuka ahaksss...xde lah rase bosan sgt menunggu berbuka..

Menu PAPRIK SOTONG ni aku buat hari ahad..buat banyak2 terus..senang..tuk berbuka n sahur sekali..
haaaa..dasar pemalas kan...nak resepi ke?..haaa..

search je en google haaaa...ape guna google ade kan heeeeeeee..jgn marah ek...heee





Ahad, 14 Julai 2013

Puding Roti Bersos Kastard

Salam 5 ramadhan...

Tp saya baru 1 ramadhan.haaaa..
Mencabar jgak pose time cuti ni.nk masak tuk anak.tp umi xleh nk mkn sekali..telan ailio..glurpp..sib baik cuaca bagus..x panas....xpe la..puasa wajib..setahun sekali je kan..si jgn komplain ok.

Hari ni saya wat dssert..ni la sprt tajuk di atas...layanzzzz

Jumaat, 12 Julai 2013

Iftar 4 ramadhan

Alhmdulillah esok dah 4 ramadhan..

Sekejap je kan..esok aku akn brbuka puasa rumah ank sdra kt srdsng..duk pk2 nk buat ape as dessert.....buat je la yg simple..n sedap..puding karamel..or puding gula hangus..

Dpt la sebiji ni haa..layanzzss..sejukksn dulu..dlm peti ais..thrn iftar esok kita ngap haaa...

Rabu, 10 Julai 2013

Salam Ramadhan

Alhmdulillah...

Kerna dpjgkn umur n masih lg brpluang bertemu ramadhan tahun ini..syukur..

Semiga tahun ini ibadat kite semua lbh baik dr thun2 yg sudah..sesama kite..yer

Tahun ni..awal2 pose lg aku dah x pose..haaa..kena plak ngan date pose..so hari ni aku x puasa la..djngka akn brlarutsn lg 4 hari..huuu sob sob..

Tragis jugak..sahur 1 day pose..suamiku x sahur..sbb dua2 mmbuta x hngat..sedar2 dah azan...dugaan..I oll xpe x pose..haa..sian dia..huu..

Hari ni msk sdp ckit la tuk en abg..
Enjoy the pic..sayur campur msk sos tiram..bawal masam manis..tembikai..some kuih akok..n fresh drink from qelate..air kelapa muda..

Esok puasa lg..selamat berpuasa semua...

Ahad, 23 Jun 2013

Salam Nisfu Syaaban Semua..

Salam Nisfu Syaaban..jom kite share sesama..


Salam nisfu syaaban..semoga Allah mengapuni dosa kita, dipanjangkan umur dengan sihat, diluaskan rezeki dan sentiasa didalam taufik hidayah serta rahmat dari NYA..amin

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Maghrib ini (4.7.2012) akan masuklah 15 Syaaban 1433H iaitu Malam Nisfu Syaaban, kita disunat  menghidupkan malam ini seperti dilakukan oleh Rasulullah SAW dengan beristighfar, berzikir dan membaca Al Quran terutama surah Yasin kerana malam tersebut adalah malam yang amat mustajab dan penuh rahmat.
Sabda Rasulullah SAW: “Apabila tiba pada malam Nisfu Syaaban maka berjagalah kamu pada malamnya (melakukan ibadat) dan berpuasa pada siangnya kerana sesungguhnya Allah turun (merahmati hamba-hamba-Nya) pada waktu itu mulai terbenamnya matahari ke langit dunia. Allah SWT berfirman:“Siapa yang memohon keampunan maka aku akan mengampunkannya, siapa yang meminta rezeki, maka aku akan kurniakan kepadanya rezeki, siapa yang ditimpa bala aku akan melepaskannya. Adakah daripada kalangan mereka begini dan adakah daripada kalangan mereka begini (berturutan pertanyaan daripada Allah) sehingga terbit fajar?”    (Hadis Riwayat Ibnu Majah)
Terdapat beberapa riwayat lain yang menyatakan kelebihan Malam Nisfu Syaaban ini;
Rasulullah SAW bersabda: “Apabila tiba malam pertengahan Syaaban, Allah akan memerhatikan makhluknya dengan pemerhatian yang penuh. Maka Allah akan mengampunkan orang yang beriman, membiarkan orang kafir, meninggalkan orang yang berkhianat dengan kekhianatan mereka hingga mereka berdoa kepada Allah (untuk pengampunan mereka).”
Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang menghidupkan malam Nisfu Syaaban dan dua malam raya (Aidilfitri dan Aidiladha), hatinya tidak akan mati pada hari dimatikan hati-hati orang lain.”
Diriwayatkan oleh Al-Dar Qutnu dan Imam Ahmad darpada Syaidah Aisyah;  Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah  SWT turun ke langit dunia pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia mengampunkan dosa-dosa hamba-Nya lebih banyak daripada bilangan bulu kambing Bani Kilab (Kabilah arab yang paling banyak kambing).”

AMALAN MALAM NISFU SYAABAN

A.   Setelah selesai solat sunat Ba’diyah Maghrib atau Isyak, bacalah Surah Yasin 3 kali dengan tertib dan setiap satunya diniatkan memohon:
  • Dipanjangkan umur dalam keadaan sihat untuk mentaati Allah.
  • Ditetapkan iman sehingga ke akhir hayat dan dijauhkan dari bala bencana.
  • Diluaskan rezeki yang halal dan diberkati.
Rasulullah SAW bersabda:  “Pada malam pertengahan bulan Syaaban, Allah menyampaikan wahyu kepada malaikat maut setiap orang yang akan dicabut nyawanya pada tahun itu.”  (Hadis Diriwayatkan oleh Ad-Dainuri)
B. Pada malam Nisfu Syaaban digalak memperbanyakkan beristighfar (memohon ampun) dan taubat dari segala dosa-dosa besar dan kecil serta mohon diampunkan Allah dosa-dosa ibu bapa dan keluarga kita. Antaranya;
C. Solat-Solat Sunat:
  • Solat Sunat Mutlaq
  • Solat Sunat Isyraq
  • Solat Sunat Dhuha
  • Solat Sunat Rawatib
  • Solat Sunat Awwabin
  • Solat Sunat Tahajud
  • Solat Sunat Tasbih
  • Solat Sunat Taubat
  • Solat Sunat Hajat
  • Solat Sunat Witir.
Nabi SAW bersabda: “Lakukanlah amalan setakat yang kamu terdaya. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu semua jemu.” Apa yang disukai oleh Rasulullah SAW adalah solat (sunat) yang sentiasa dibuat sekalipun sedikit dan Baginda SAW apabila mendirikan solat, maka Baginda SAW sentiasa berterusan di dalam berbuat demikian.” (Diriwayatkan oleh imam Bukhari r.a. dan imam Muslim r.a.).
D. Membaca Al-Quran dan memperbanyakkan sedekah.

SOLAT SUNAT MUTLAQ (NISFU SYAABAN)
Solat sunat Nisfu Syaaban dilakukan pada waktu malam 15 Syaaban. Ia boleh didirikan selepas mengerjakan solat Maghrib, Isyak atau bersama solat-solat sunat qiamullail.

Cara Mengerjakannya

1.  Lafaz niat:
Daku solat sunat malam Nisfu Syaaban dua rakaat kerana Allah Ta’ala.
.
2.  Rakaat pertama baca surah al-Fatihah dan surah al-Kafirun.
3.  Rakaat ke dua, selepas al-Fatihah baca surah al-Ikhlas.
.
4.  Setiap kali sujud, selepas membaca tasbih sujud, bacalah doa:
.
5.  Selepas memberi salam, bacalah surah Yasin tiga kali (sekiranya tidak sempat melakukannya selepas solat Maghrib, lakukannya selepas solat Isyak) dengan niat supaya Allah memanjangkan umur, menambah rezeki serta menetap dan meningkatkan iman.
.
6.  Akhir sekali, bacalah doa Nisfu Syaaban.
Maknanya;
 Sesungguhnya Malam Nisfu Syaaban ini adalah kesempatan untuk menyuci dan memperbaiki diri dengan meminta ampun dari segala dosa bagi mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Oleh itu, sewajarnya kita memperbanyak melakukan amalan soleh pada malam berkenaan sebagai satu medan latihan rohani ke arah mempersiapkan diri menyambut kedatangan bulan Ramadhan al-Mubarak.

والسلام