Khamis, 26 Julai 2012

Dragon Fruit...


Khasiat Buah Naga 

buah_naga_merah
Buah naga mempunyai isi seperti buah kiwi. Pada masa ini, buah naga yang isinya berwarna putih lebih mudah didapati di pasaran, tetapi mengikut pakar pemakanan dan perubatan, buah yang isinya berwarna merah mempunyai lebih banyak khasiat.
Secara umumnya, pakar sependapat dan mengakui buah naga kaya dengan potasium, ferum, protein, serat, sodium dan kalsium yang baik untuk kesihatan berbanding buah-buahan lain yang diimport.
Mengikut wakil Johncola Pitaya Food R&D, syarikat penanaman dan penyelidikan buah naga merah terbesar di negara ini, AL Leong, buah kaktus madu itu cukup kaya dengan pelbagai zat vitamin dan mineral yang boleh membantu meningkatkan daya tahan dan mengurangkan metabolisma dalam badan manusia.
�Kajian menunjukkan buah naga merah ini sangat baik untuk sistem penghadaman dan peredaran darah. Ia juga memberi tindak balas memberangsangkan untuk mengurangkan tekanan emosi dan meneutralkan toksik dalam darah.
�Selain dari itu buah ini boleh mencegah kanser usus, serta mencegah kandungan kolesterol yang tinggi dalam darah dan pada masa sama menurunkan kadar lemak dalam badan,� katanya.
Secara keseluruhan, setiap buah naga merah mengandungi protein yang mampu mengurangkan metabolisma badan dan menjaga kesihatan jantung; serat (mengawal kanser usus, kencing manis dan diet); karotin (kesihatan mata, menguatkan otak dan menghalang penyakit); kalsium (menguatkan tulang) dan fosferos (pertumbuhan tisu badan).
Buah naga juga mengandungi zat besi untuk menambah darah; vitamin B1 (mengawal kepanasan badan); vitamin B2 (menambah selera); vitamin B3 (menurunkan kadar kolesterol) dan vitamin C (menambah kelicinan, kehalusan kulit serta mencegah jerawat).
Buah naga juga boleh dijadikan pencuci mulut yang lazat.
bunga buah naga pula boleh digoreng sebagai sayuran, dijadikan ulam dan juga boleh dikeringkan untuk dijadikan teh bunga.
�Bunga pokok ini mempunyai kadar debunga yang tinggi kerana tempoh ia mekar penuh terlalu singkat, sekali gus menyebabkan lebah dan serangga lain tidak sempat mengambil debunganya secara penuh berbanding bunga lain yang mekar berbulan-bulan.
�Debunga bunga buah naga juga mempunyai khasiat tinggi dan cukup baik untuk kesihatan manusia,� katanya.
Menurutnya lagi, dahan pokok buah naga juga boleh dijadikan salad, ulam, digoreng dengan sambal belacan dan dimasak sup, yang terbukti berkesan untuk membuang toksik dalam badan dan mencuci perut.
�Di Amerika Selatan, dahan buah naga dihancurkan dan diperam untuk dijadikan makanan ternakan seperti lembu dan kambing. Ia terbukti mampu meningkatkan kadar susu, selain kualiti ternakan berkenaan,� katanya.
Leong berkata, pada masa ini buah naga atau nama saintifiknya �Epiphytes� atau �Pitaya� dan berasal dari Amerika Selatan digemari kaum Cina yang menggelarnya �Paw Wang Fa Kor�.

Isnin, 9 Julai 2012

Sangat la LUCU..Sila Baca Skang..haaaaa..




EHsan from google images..heee..wakaaakaaa...


Sepasang suami isteri berusia lebih setengah abad yang masing-masing terdiri daripada kalangan professional merasa penat dek kesibukan di ibukota.
Mereka memutuskan beristirehat dan melancung ke Bali bagi melepaskan penat lelah dan hiruk pikuk kotaraya di mana mereka berkerja .. Mereka akhirnya menempah sebuah bilik hotel di Bali yang mana merupakan bilik yang sama di hotel yang sama sewaktu mereka honeymoon selepas berkahwin 30 tahun yang lalu.
Kerana kesibukan kerja, si suami harus terbang lebih dahulu ke Bali dan isterinya akan menyusul keesokan harinya.
Setelah check-in di hotel berstatus bintang di Bali, si suami mendapati ada sebuah komputer yang tersambung ke internet telah terpasang di biliknya.
Dengan gembiranya ia menulis e-mel mesra kepada isterinya di pejabatnya di Kuala Lumpur. Tetapi malangnya, dia tersalah menaip alamat e-mel isterinya dan tanpa menyedari kesalahannya itu, ia mengirim e-mel tersebut.
Di lain tempat di daerah Jempol, Negeri Sembilan, Sutinah, seorang wanita yang juga bekerjaya baru kembali dari pemakaman suaminya yang baru saja meninggal. Setibanya di rumah, ia terus menge-check emel untuk membaca ucapan-ucapan belasungkawa atas kematian suaminya.
Sebaik saja selesai membaca e-mel yang pertama, ia langsung jatuh pengsan tak sedarkan diri.
Anak sulungnya yang terkejut melihat ibunya pengsan, kemudian membaca e-mel tersebut. Tak lama kemudian dia juga jatuh pengsan.
Anak yang ke-dua, melihat ibu dan abangnya pengsan lebih terkejut lagi, lalu membaca e-mel tersebut, dan� beliau juga turut pengsan!
Dan anak ke-tiga yang sudah biasa fitness secara teratur, juga ikut membaca e-mel tersebut, tetapi dia tidak pengsan, mungkin kerana fitnessnya memang luar biasa, membuat dia lebih kuat dan tegar. Dialah yang menghebahkan isi e-mel tersebut kepada kita, yang tertulis sebegini:
To : Isteriku tercinta
Subject : Papa sudah sampai Ma !!!
Date : 18 April 2010
Abang tahu PASTI mama TERKEJUT tapi gembira dapat khabar dariku kan?.
Ternyata di sini mereka sudah pasang internet juga, katanya biar mampu berkirim khabar berita buat orang-orang tercinta di rumah.
Aku baru sampai dan sudah check-in…
Katanya mereka juga sudah mempersiapkan segalanya untuk menerima kedatanganmu besok.
Abang tak sabar rasanya untuk tunggu mama di sini. Semoga perjalanan mama ke sini juga mengasyikkan seperti perjalanan abang semalam.
Love you very much Mama,
Abangmu.
PS: Di sini rasaya lagi panas! Kalau mama mahu, tolong ajak anak-anak kita sekali!

Anda Stress..Please Read this...


Saya pun tersangatla suke makan pisang..so ble stress cepat2 cari pisang ok..just alternatif untuk melegakan keserabutan..tp doa, solat...wajib ditunaikan ...insyaAllah ble mengadap Allah stress kite hilang...semoga kita manfaatkan benda ni bersama k..

Pisang mempunyai banyak manfaat bagi tubuh, bermula dari melancarkan buang air besar sampai melindungi sel daripada kerosakan. Pisang juga boleh meredakan stres apabila suasana hati sedang kebingungan.
khasiat pisang
Seperti yang dikutip dari Foxnews, Khamis (17/3/2011), bahawa pisang boleh meredakan stres kerana mengandungi dua sebatian yang boleh menenangkan fikiran, yakni dopamin dan serotonin. Kedua-dua sebatian itu boleh mengawal mood atau suasana hati yang secara semulajadi juga dihasilkan di dalam otak.
Dopamin merupakan sebatian yang memegang peranan cukup dominan di bahagian otak, yang dinamakan reward center atau pusat pengendali rasa puas. Jika seseorang merasa senang dan berpuas hati, maka rasa itu sebenarnya merupakan kesan dari kerja dopamin.
Selain memberi rasa senang, senyawa dopamin juga melindungi saraf otak dari Parkinson. Parkinson iaitu penyakit yang dipicu kerosakan saraf akibat proses penuaan.
Kadar dopamin yang cukup juga akan melindungi fungsi jantung dari pelbagai jenis gangguan yang ditimbulkan dari peredaran darah.
Sementara itu serotonin merupakan sebatian yang menetapkan suasana hati, membuat seseorang merasa bahagia dan menghilangkan emosi negatif. Kekurangan kadar serotonin di dalam otak boleh mengakibatkan seseorang menjadi sensitif, mudah tersinggung, dan suka marah-marah.
Kerana sangat menentukan suasana hati, serotonin menjadi sasaran pada beberapa ubat antidepresi. Ubat-ubat itu diberikan kepada pesakit yang mengalami kemurungan, untuk meningkatkan pelepasan serotonin ke otak sehingga peringkat stres berkurang.
Selain sebagai pengendali mood, pisang juga bermanfaat bagi metabolisme tubuh. Secara am pisang mengandungi mineral-mineral penting seperti potasium dan kalium, sebagai sumber antioksidan. Pisang juga kaya dengan kandungan vitamin, terutama vitamin C, B6 dan A.